Saturday, 17 September 2011

Batas Dalam Membantu Manusia


Kita semua ada sifat mahu menolong. Itu baik. Manusia bersifat tidak sempurna. Bantu membantu akan menjadikan hidup ini lebih baik dan indah. Kita juga adakalanya memerlukan pertolongan orang lain dalam melakukan sesuatu hal yang bukan kepakaran kita.

Demikian pula sebaliknya. Maka sifat ingin menolong dijadikan Allah dalam diri manusia sebagai bukti keadilan Allah yang Maha Adil.Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu dan mengisi kekurangan itu. Maka kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia.



Usia Remaja Titik Peralihan


Pada tahun 1952, majalah Reader's Digest telah memaparkan sebuah artikel bertajuk "Cancer by the Carton". Artikel tersebut mendedahkan bahawa merokok membahayakan kesihatan. Kajian jelas membuktikan kaitan di antara kanser paru-paru dan lain-lain penyakit dengan tabiat merokok. Artikel tersebut telah mencetuskan tindak balas berantai.

Berikutan dari itu, banyak lagi artikel berkaitan subjek tersebut muncul di dada-dada akhbar dan majalah lain. Disebabkan oleh kekecohan tersebut, jualan rokok menurun pada tahun seterusnya. Bekas-bekas perokok, bersenjatakan berita yang telah dijangkakan ini, mula bertindak menyaman syarikat-syarikat pengeluar rokok.


PENCINTA BUKU- Bacalah Buku Berulang kali ...


Membaca kisah para Nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.

Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca tentang ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.


Nasihat Tentang Sahabat


Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."

"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.

Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

-Artikel iluvislam.com

Friday, 16 September 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TINGKATAN 4 TAHUN 2012




Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.


Permohonan SBP Tingkatan 4 2012


Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Guru Kaunseling anda.. Sila kepilkan bersama salinan Kad Pengenalan..
Setelah Maklumat Lengkap Guru Kaunseling akan Mendapatkan Pengesahan Pengetua.

Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD pada 15 Oktober 2011. Oleh yang demikian Kerjasama dari semua murid yang akan memohon untuk menghantar borang permohonan yang telah dicetak selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2011.


Tarikh Tutup Online


Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan


Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Pertanyaan terus kepada KPM


Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

INFO SBP



Aliran SBP


Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP


Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.

Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.

Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.

SEBARANG MASALAH DAN KEMUSYUKILAN SILA BERJUMPA GURU KAUNSELING ANDA...

Saifah