Tuesday, 27 September 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MRSM TAHUN 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2011 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2011 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2012. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.
Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM
Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan
Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012. (dibuka mulai 3 Oktober 2011)
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
Permohonan Ke Tingkatan 4,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup
Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Wednesday, 21 September 2011

KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PERTANDINGAN KARNIVAL MEREKAYASAN PERKHIDMATAN B&K

21/9/2011 Karnival merekayasa perkidmatan bimbingan dan kaunselin
g
bagi acara kaunselor muda peringkat saringan telah berlangsung dengan
jaya... peserta SMK Lembah Keramat iaitu Kaunselor muda Khairil Hazique telah berjaya ke pusingan seterusnya esok... Semoga Berjaya ...
Apapun cikgu berbangga dengan kejayaan kamu.. Tahniah !!!..



Esok penentu sebenar ... Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan selain acara kaunselor muda ada 4 acara lagi...

1. pertandingan laman face book .. apa lagi sokongan lah kami dengan menjadi rakan FB dengan "add" cikgu kaunseling smklk

2. pertandingan blog .. blog??? inilah blognya... jadilah follower kepada blog ini bagi memastikan segala info terkini berkenaan peluang kerjaya dan sebarang makluman terus kepada anda...

3. Pertandingan Video koprat... thanks to n
azrin yang bertukus lumus menyiapkan video koperat UBK... hasilnya.. cikgupun tak leh nak komen... belum tengok lagi.. so terpaksala tunggu esok.. hari pertandingan.. ughhh takutnya...


4. Acara terakhir adalah pertandingan model bilik kaunseling.. mencabar.. sangat mencabar... terima kasih buah 2 orang guru praktikum yang sangat komited membantu merealisasikan pertandingan ini sekolah kita turut serta... thanks to cikgu zeehan dan farah....



ini adalah sebahagian hasil yang akan kami bawa ke pertandingan model bilik kaunseling nanti..


Monday, 19 September 2011

MAKLUMAN AWAL PROGRAM AKAN DATANG

Sekolah akan mengadakan beberapa program dalam masa terdekat antaranya :
1. Program Motivasi Induksi PMR 2012 - 21/9/2011 - sasaran tingkatan 2
2. Program Mohon Restu Izin Ilmu PMR - 30/9/2011
3. Program Selepas PMR
4. Majlis Graduasi Murid Tingkatan 5 - 2 /11/2011
5. Majlis Mohon Restu Izin Ilmu - 11/11/2011

sebarang perubahan akan dimaklumkan .. terima kasih

Saturday, 17 September 2011

Batas Dalam Membantu Manusia


Kita semua ada sifat mahu menolong. Itu baik. Manusia bersifat tidak sempurna. Bantu membantu akan menjadikan hidup ini lebih baik dan indah. Kita juga adakalanya memerlukan pertolongan orang lain dalam melakukan sesuatu hal yang bukan kepakaran kita.

Demikian pula sebaliknya. Maka sifat ingin menolong dijadikan Allah dalam diri manusia sebagai bukti keadilan Allah yang Maha Adil.Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu dan mengisi kekurangan itu. Maka kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia.



Usia Remaja Titik Peralihan


Pada tahun 1952, majalah Reader's Digest telah memaparkan sebuah artikel bertajuk "Cancer by the Carton". Artikel tersebut mendedahkan bahawa merokok membahayakan kesihatan. Kajian jelas membuktikan kaitan di antara kanser paru-paru dan lain-lain penyakit dengan tabiat merokok. Artikel tersebut telah mencetuskan tindak balas berantai.

Berikutan dari itu, banyak lagi artikel berkaitan subjek tersebut muncul di dada-dada akhbar dan majalah lain. Disebabkan oleh kekecohan tersebut, jualan rokok menurun pada tahun seterusnya. Bekas-bekas perokok, bersenjatakan berita yang telah dijangkakan ini, mula bertindak menyaman syarikat-syarikat pengeluar rokok.


PENCINTA BUKU- Bacalah Buku Berulang kali ...


Membaca kisah para Nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.

Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca tentang ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.


Nasihat Tentang Sahabat


Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:

Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:

"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."

"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."

"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."

"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."

"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."

"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."

Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.

Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

-Artikel iluvislam.com

Friday, 16 September 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TINGKATAN 4 TAHUN 2012




Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.


Permohonan SBP Tingkatan 4 2012


Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Guru Kaunseling anda.. Sila kepilkan bersama salinan Kad Pengenalan..
Setelah Maklumat Lengkap Guru Kaunseling akan Mendapatkan Pengesahan Pengetua.

Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD pada 15 Oktober 2011. Oleh yang demikian Kerjasama dari semua murid yang akan memohon untuk menghantar borang permohonan yang telah dicetak selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2011.


Tarikh Tutup Online


Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan


Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Pertanyaan terus kepada KPM


Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

INFO SBP



Aliran SBP


Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP


Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.

Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.

Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas.

SEBARANG MASALAH DAN KEMUSYUKILAN SILA BERJUMPA GURU KAUNSELING ANDA...

Saifah

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL



Bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan ke kolej vokasional kemasukan 2012,borang permohonan telah di buka dan maklumat adalah seperti berikut :


Borang Permohonan Atas Talian


Untuk membuat permohonan sila ke pautan berikut ; 
http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm


*Peringatan :
Untuk paparan menarik sila gunakan Internet Explorer 5.0 ke atas dan saiz resolusi 1024 x 768


Kemaskini Permohonan


Untuk mengemaskini permohonan,gunakan link yang sama semasa membuat permohonan : http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm


Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut sila layari ; http://www.moe.gov.my/bptv/


Senarai Kursus 


Untuk semakan senarai kursus sila layari ; http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/Kursus2011.pdf

Tuesday, 13 September 2011

Tawaran Untuk Melanjutkan Pelajaran - untuk Guru

Tawaran Untuk Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Master dan PHD dengan Biasiswa + cuti belajar + gaji penuh




Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

Bagi guru yang beminat sila layari :-  http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm