PENERAJU SMK LEMBAH KERAMAT
PENGETUA
PN PAUZIAH BINTI MAHMOOD
VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat Gemilang Menjelang 2011
MISI SEKOLAH
1. Mengasah potensi individu melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni yang berterusan.
2. Memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi menjana kecemerlangan murid.
3. Mewujudkan lingkaran persekitaran yang kondusif.
FALSAFAH SEKOLAH
Kepercayaan bahawa pelajar mempunyai bakat, potensi dan kecenderungan jika dididik, diasuh dan dilatih dengan sempurna akan membentuk seorang insane yang dicita-citakan oleh Negara.
WAWASAN SEKOLAH
Menjelang alaf akan datang, SMKLK akan menjadi pusat pembentukan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi yang memenuhi ciri-ciri insan yang diharapkan oleh agama, bangsa dan Negara untuk mengharungi arus hadapan yang penuh dengan cabaran dan rintangan.
LAGU SEKOLAH
Megah di tanah ibunda
SMKLK harapan negara
Di sinilah ilmu dipupuk dicari
Bersama menabur bakti
Sekolah yang penuh berjasa
Penyambung wawasan anak bangsa
Namamu gemilang sentiasa dikenang
Di tanah pusaka moyang
Berusaha, disiplin, jaya
Jadi amalan kita
Berbakti dan berjasa
Pada agama, bangsa, negara
Kenangi jasa pendidik
Guru sebagai pelita ilmu
Menerangi alam yang gelap gelita
Demi mencapai cita
Berusaha, berusaha
Teruslah berusaha
Berusaha, berusaha
Tuju puncak jaya
Pencipta : Abdul Rahman b. Hassan
Penulis lirik : Fatimah bt. Setapa
Masita bt. Harum
LOGO SMKLK
Lencana SMKLK telah dicipta oleh pelajar dan diubahsuai oleh guru sekolah ini. Di bahagian tengah lencana terdapat obor bernyala yang melambangkan kejayaan para pelajar. Latar belakang lencana yang berwarna merah, kuning dan putih membawa maksud tertentu.
Warna-warna melambangkan :
MERAH
Keberanian dan semangat perjuangan pelajar untuk sentiasa maju dalam pelajaran dan taat setia terhadap negara yang dicintai.
KUNING
Sistem pemerintahan negara yang berdaulat berasaskan sistem beraja yang utuh.
PUTIH
Kesucian dan keluhuran para guru dalam melabur bakti.
COGAN KATA
Di bahagian bawah lencana, tertulis cogan kata sekolah yang berbunyi :
BERUSAHA, BERDISIPLIN, BERJAYA .
Ini membawa maksud kegigihan serta sifat yang perlu ada pada diri setiap pelajar untuk mencapai cita-cita demi negara. Lambang ini juga menjadi simbol semangat dan usaha para pelajar untuk mencapai kejayaan di samping mengharumkan nama sekolah